CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 16 February 2013

FAKTA TENTANG ARNAB

APA YANG PERLU ANDA TAHU :-

1. Arnab tidak boleh muntah atau memuntahkan
2. Arnab tidak berpeluh dan tidak dapat bertahan dalam cuaca panas
    TETAPI boleh bertahan dalam cuaca sejuk
3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga
4. Arnab mempunyai 28 batang gigi dan mempunyai 18 jari kaki dan
    kuku  - 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan
5. Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA dan terdapat 5 warna
    mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble,
    Blue,Blue-Grey and Brown
6. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab ,
    tahun arnab yang  berikut adalah pada tahun ni 2011
7. Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh
8. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo
    dengan ukuran  31.125 inci panjang

9. Umur arnab yang tertua direkodkan adalah 19 tahun, pada masa ia mati
10. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun
      1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor
11. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya
12. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya
13. Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung 
      janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama
14. Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila
      arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.
15. Untuk membiasakan arnab buang najis pada satu tempat, letakkan tisu supaya arnab
      kencing di atasnya kemudian letak tisu tu di penjuru atau tempat pembuangan najis,
      arnab akan ke situ setiap kali nak membuang najis atau kencing.Setelah nampak
     arnab tu dah biasa buang satu tempat, buang la tisu tu..



It's so pluffy . I'm gonna die . 
Dpt yg mcm ny byar duk lam umah .
konfem bersih lantai umah . hahahaha .

Monday 28 January 2013

MENJAGA KESIHATAN IKUT SUNNAH NABI

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Friday 25 January 2013

KUCING

1. Kucing mempunyai kebolehan menenangkan manusia (apabila seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil). 
2. Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah melalui kejadian berbahaya untuk menenangkan diri. 
3. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya. 
4. Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana pada mata kucing terdapat taperum lucidum, satu sel khusus yang menyerap cahaya. 
5. Kucing mempunya ingatan yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan. 
6. Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit). 
7. Kucing jantan mula mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, manakala kucing betina antara 5-9 bulan. 
8. Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap. 
9. Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan. 
10. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, kemudian baru kaki kanan.

TIPS UNTUK KURUS SEMULAJADI


Berikut adalah cara-cara dan tip untuk menguruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kegemukan, korang dianjurkan membaca nasihat ini dengan teliti.
JANGAN BERLAPAR 
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila korang tidak tahan berlapar, pada kebiasanya korang akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan korang telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan korang secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tidak akan makan dengan banyak.